Raifal penembak tepat
Raifal penembak tepat

Raifal penembak tepat

Raifal penembak tepat adalah sejenis raifal yang digunakan bagi mendapatkan ketepatan tembakan pada jarak yang lebih jauh berbanding senjata kecil. Raifal jenis ini biasanya dibina untuk ketepatan yang optima dan dilengkapkan dengan satu pejera teleskopik dan menggunakan katrij "api tengah" tentera. Istilah raifal penembak tepat sering kali digunakan di dalam media bagi menghuraikan sebarang jenis senjata api ketepatan tinggi yang dipasangkan dengan pejera teleskopik bagi menentang sasaran manusia.